fbpx

Ambulans terbalik, empat termasuk dua pesakit cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH ambulans terbalik dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Volvo di simpang empat berhampiran Masjid Sri Sendayan di sini pagi tadi.

SEREMBAN – Sebuah ambulans yang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera dalam kejadian kemalangan dengan sebuah kereta jenis Volvo di simpang empat berhampiran Masjid Sri Sendayan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian pukul 6.10 pagi itu, ambulans yang dipandu lelaki berusia 43 tahun bersama pembantu pegawai perubatan dalam perjalanan membawa dua pesakit lelaki berusia 66 dan 18 tahun.

“Kenderaan itu sedang bergerak dari arah Sungai Pelik, Sepang menghala ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

“Setibanya di lokasi kejadian, ambulans yang menyalakan lampu pandu arah kecemasan dan membunyikan siren kecemasan meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat dari arah laluannya berwarna merah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Arifai berkata, sebuah kereta dipandu lelaki berusia 57 tahun melanggar bahagian sisi kanan ambulans tersebut hingga terbalik.

“Akibatnya empat mangsa dalam ambulans cedera ringan dan dibawa ke HTJ untuk mendapatkan rawatan. Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI