fbpx

[VIDEO] Salah gesa bantuan kemanusian ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED Salah menyeru pemimpin-pemimpin dunia supaya mencegah berlakunya penyembelihan jiwa beramai-ramai di tengah-tengah konflik Israel-Gaza. - AFP

LIVERPOOL – Bintang antarabangsa Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah menggesa pemimpin dunia untuk bersama-sama mencegah serta menamatkan pembunuhan beramai-ramai jiwa yang tidak bersalah di tengah-tengah konflik Israel-Gaza yang berterusan.

Terdahulu, seorang pegawai kesihatan memberitahu, ratusan orang terbunuh akibat letupan di sebuah hospital yang sesak di Bandar Gaza pada malam Selasa.

Salah, 31, berkata, bantuan kemanusiaan ke Gaza harus dibenarkan masuk dengan sesegera mungkin.

“Terdapat terlalu banyak keganasan, kesedihan dan kekejaman,” kata Salah penuh emosi.

Pegawai Palestin berkata, letupan di Hospital Al-Ahli Arab berpunca daripada serangan udara Israel.

Salah menyifatkan kejadian dari hospital itu sebagai ‘mengerikan’.

“Rakyat Gaza memerlukan makanan, air dan bekalan perubatan dengan segera.

“Semua nyawa adalah berharga dan mesti dilindungi. Pembunuhan beramai-ramai perlu dihentikan. Keluarga sedang berpecah belah.

“Saya menyeru para pemimpin dunia untuk bersama-sama mencegah penyembelihan jiwa yang tidak bersalah.

“Kemanusiaan mesti diutamakan,” tegas Salah dalam video yang disiarkan di X. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI