fbpx

[VIDEO] Oyen bijak cari tempat selamat bila banjir kilat di Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oyen dan Capybara di Zoo Negara.

PETALING JAYA – Kucing Oyen yang dikatakan hidup bersama sekumpulan capybara di Zoo Negara turut terselamat daripada bencana banjir kilat yang bermula pukul 5 petang semalam.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmad Lana berkata, kucing itu bijak menyelamatkan diri dengan mencari teduhan apabila air sudah naik.

“Selain Oyen, semua haiwan berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Bagaimanapun, ia sempat dimasukkan kembali ke dalam kawasannya oleh kakitangan kami.”

“Keadaan banjir kilat pada petang semalam tidaklah seteruk seperti sebelum ini dan kerja pembersihan seluruh kawasan telah dibuat malam tadi.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan telah berlaku di Zoo Negara bermula 6.30 petang sehingga pukul 11.30 malam tadi dan ia beroperasi seperti biasa bermula hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Bomba Sukarela Gombak dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tanpa mereka, dua hari kerja pembersihan pun tidak akan siap kerana kami tiada mesin-mesin yang digunakan untuk pembersihan seperti mereka.

“Kebetulan pula sewaktu kejadian itu berlaku, kakitangan kami masih belum pulang dan merekalah yang mengawal kawasan yang terjejas,” ujarnya ketika ditanya Kosmo.

Semalam dilaporkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang apabila hujan lebat lebih sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI