fbpx

Malaysia Masters: Hanya satu beregu lelaki di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI (kanan) dan Izzuddin terpaksa akur tersingkir di suku akhir pada kejohanan Malaysia Masters. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Hasrat untuk menyaksikan empat beregu lelaki negara beraksi di separuh akhir pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters tidak tertunai apabila tiga wakil tersingkir di pentas suku akhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Aaron-Wooi Yik tersekat di suku akhir selepas tewas 21-11, 19-21, 19-21 kepada beregu Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung Seung manakala Sze Fei-Izzuddin akur dengan kekalahan 19-21, 17-21 kepada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun tewas 18-21, 16-21 kepada pilihan ketiga dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Kekalahan tiga beregu terbaik negara itu sekali gus menyaksikan cabaran Malaysia di separuh akhir digalas gandingan pelapis elit, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King yang menewaskan satu lagi pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Justeru, beregu No.47 dunia itu berpeluang untuk membalas dendam buat Sze Fei-Izzuddin apabila dijadualkan menentang Astrup-Rasmussen di separuh akhir esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI