fbpx

Gagal kemuka borang penyata pendapatan, pemilik syarikat rayu hukuman ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZADILA (baju merah) didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan dalam borang B bagi taksiran 2017 hingga 2021 membabitkan nilai cukai pendapatan sebanyak RM90,606.43. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang wanita yang merupakan pemilik syarikat ejen penjualan dan penyelenggaraan penapis air mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan dalam borang B bagi taksiran 2017 hingga 2021 membabitkan nilai cukai pendapatan sebanyak RM90,606.43.

Orang Kena Saman (OKS), Noorzadila Saman, 38, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorhafizah Ishak.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang B bagi tahun taksiran 2017 hingga 2021 pada atau sebelum 30 Jun pada tahun berikutnya kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dengan tiada sebab munasabah yang membabitkan pendapatan bercukai berjumlah RM646,498.

Sehubungan itu, OKS telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali dan penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan.

Ketika prosiding, mahkamah kemudian menangguhkan kes tersebut untuk sebutan semula pada 24 November depan bagi membolehkan OKS mengemukakan dokumen berkaitan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI