fbpx

Enam remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes rogol gadis 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN DATUK – Polis menahan enam remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun termasuk lima daripada mereka yang masih bersekolah semalam bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir membabitkan gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Hutan Melintang, September lalu.

Difahamkan, kejadian rogol itu terbongkar selepas mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua menceritakan apa yang dialaminya kepada seorang rakan sebelum rakannya memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu kelmarin yang dibuat ibu mangsa pada pukul 8.30 malam.

“Berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku pada 24 September lalu sekitar pukul 2.30 pagi di sebuah rumah di Hutan Melintang. Remaja perempuan itu telah dijemput oleh rakan sekolahnya dan dibawa ke rumah tersebut di mana terdapat lima remaja lelaki lain sedang berehat.

“Mangsa kemudiannya telah diajak melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir dengan lima remaja tersebut kecuali lelaki yang mengajaknya ke rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lima daripada suspek yang ditahan itu bersekolah di sekolah sama dengan mangsa dan kesemua mereka direman selama tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI