fbpx

[VIDEO] Trafik sesak, MRR2 dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat di MRR2 ekoran hujan lebat sejak petang tadi.

PETALING JAYA – Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Zoo Negara menghala ke Ukay Perdana dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, memaparkan takungan air sehingga paras lutut menyebabkan kenderaan kecil tidak dapat melalui laluan tersebut.

Sementara itu, laporan Astro Radio Traffic menunjukkan beberapa laluan lain turut dilanda banjir kilat melibatkan Jalan Cheras, Jalan Peel dan Jalan Sri Permaisuri.

“Selain itu, Lebuh Raya Bukit Jalil, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Hang Tuah dan Jalan Yaacob Latif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI