fbpx

Euro 2024: 2 penyokong Sweden maut ditembak ketika perlawanan menentang Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis berkawal ketika penyokong meninggalkan Stadium King Baudouin selepas perlawanan bola sepak ditamatkan semalam. - AFP

BRUSSELS, Belgium – Dua warga Sweden terbunuh selepas ditembak semasa perlawanan bola sepak di stadium Brussels semalam, dalam serangan yang disifatkan oleh Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo sebagai ‘keganasan’.

Penembak melarikan diri menaiki skuter, manakala balai cerap keselamatan Belgium menaikkan amaran keganasannya kepada tahap empat atau ‘sangat serius’ di Brussels dan tahap tiga di peringkat kebangsaan.

Menurut De Croo, tembakan yang berlaku sebelum perlawanan bola sepak kelayakan Euro 2024 antara pasukan dua negara itu didakwa menyasarkan warga Sweden.

Dalam sebuah klip video yang dikongsikan di media sosial, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai penyerang berkata bahawa ‘dia diilhamkan oleh kumpulan Daesh’, demikian menurut jurucakap pejabat pendakwa raya persekutuan, Eric Van Duyse dalam saluran berita LN24.

Beberapa media Belgium menamakan suspek sebagai Abdesalem L, 45 dan berasal dari Tunisia, namun menetap di negara itu.

Menurut media tempatan, dua mangsa yang terbunuh memakai baju bola sepak pasukan kebangsaan Sweden menjelang perlawanan antara dua negara itu.

Perlawanan kelayakan Kumpulan F Eropah antara kedua-dua negara ditunda pada separuh masa kerana insiden tersebut, demikian menurut hantaran oleh pasukan Belgium di media sosial.

Kira-kira 35,000 penyokong menghadiri perlawanan tersebut sebelum polis mula mengosongkan stadium.

“Polis memberikan perlindungan tambahan untuk warga Sweden semasa perlawanan itu dan mengiringi pemain kebangsaan Sweden terus ke lapangan terbang dengan selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Belgium kepada saluran berita RTBF. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI