fbpx

Dewan Rakyat: Jumlah miskin tegar didakwa mengelirukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi menyifatkan kenyataan Perdana Menteri berhubung kadar kemiskinan tegar dalam negara yang didakwa telah menurun kepada 18,000 isi rumah ketika ini adalah mengelirukan.

Zulkafperi berkata, kenyataan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu berbeza dengan kenyataan Kementerian Kewangan yang pernah dikeluarkan pada 16 Julai lalu.

“Dia dakwa miskin tegar sekarang hanya tinggal sekitar 18,000. Ini kenyataan yang amat mengelirukan dan kita rujuk pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Febuari lalu, beliau ada menyebut jumlah miskin tegar 300,000 orang .

“Daripada kenyataan akhbar dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) bertarikh 16 Julai 2023, disebut jumlah miskin tegar yang menerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah 210,000.

“Tiba-tiba daripada Julai sehingga Oktober, Perdana Menteri sebut tinggal 18,000 miskin tegar,” katanya dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen, hari ini.

Jelasnya, kenyataan tersebut diragui kerana mustahil dalam tempoh empat bulan jumlah tersebut menurun kepada 18,000.

“Kita minta beliau kemukakan fakta-fakta atau formula yang jelas, bagaimanakah beliau menurunkan daripada Julai seramai 210,000 miskin tegar sehingga 18,000 orang,” tambahnya.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha menoktahkan kadar kemisikinan menunjukkan kemajuan selepas data terkini menyaksikan kadar kemiskinan tegar merudum.

Katanya, ini berikutan daripada angka satu peratus miskin tegar yang direkodkan pada 2020, menurun kepada 0.2 peratus atau hanya 18,000 isi rumah ketika ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI