fbpx

Suami maut, isteri parah SUV bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Batu 32 Jalan Inagus, Semporna pagi tadi. - FOTO IHSAN BOMBA

SEMPORNA – Seorang pemandu maut manakala isterinya parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Batu 32 Jalan Inagus pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang juga lelaki warga emas berusia 65 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.02 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis SUV bertembung dengan sebuah lori dan terdapat dua orang mangsa tersepit di dalam kereta SUV berkenaan dan usaha mengeluarkan mangsa terus dilakukan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala penumpang wanita berumur 57 tahun mengalami kecederaan parah.

“Mangsa yang parah diberikan rawatan awal oleh pihak EMRS, sebelum dihantar ke Hospital Semporna menaiki ambulan untuk menerima rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 11.30 pagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI