fbpx

Sokong Israel melulu, Kylie Jenner hilang sejuta followers IG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kylie Jenner menunjukkan sokongan untuk Israel di Instagram di tengah-tengah serangan Hamas.

SELEBRITI media sosial yang juga usahawan terkenal Kylie Jenner kehilangan sehingga lebih sejuta pengikut dalam Instagram gara-gara menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera Israel.

Menurut laporan Unilad, Jenner, 26, yang memiliki sejumlah lebih 400 juta pengikut Instagram telah mengalami penurunan pengikut menjadi 399 juta.

Semuanya terjadi selepas pemilik rangkaian jenama kosmetik, Kylie Cosmetic itu memuat naik hantaran menyuarakan sokongan terhadap Israel apabila mengutuk serangan 5,000 roket oleh kumpulan Hamas pada 8 Oktober lalu.

“Untuk hari ini dan selamanya, saya akan berdiri bersama Israel,” ujar Kylie.

Menyedari telah tersilap langkah, adik kepada Kim Kardashian itu  memadam hantaran tersebut sejam kemudian.

Namun, tindakannya sudah terlambat apabila Instagram miliknya terus diserang netizen dan dibanjiri dengan komen ‘Free Palestine’ (Bebaskan Palestin).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI