fbpx

Isteri pengsan dapat tahu suami lemas tragedi bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamosati Rahmat Ali menunjukkan MyKad Mohamad Afandy ketika ditemui di Hospital Seri Manjung, hari ini.

LUMUT – Isteri kepada seorang daripada dua mangsa lemas bot karam di muara Sungai Perak pagi tadi, pengsan sebaik mengetahui suaminya sudah meninggal dunia.

Sarina Huri, 34, tidak dapat mengawal kesedihan dan terkejut selepas mengetahui jasad suaminya, Mohamad Afandy Mamosati, 34, ditemui terapung di muara Sungai Perak, tengah hari tadi.

Mamosati Rahmat Ali, 68, berkata menantunya itu kini berada di rumahnya di Kampung Tersusun Sejagop, dan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia lapan tahun.

“Arwah yang juga anak bongsu daripada empat beradik baru beberapa bulan ini bekerja sebagai nelayan.

“Sebelum ini dia bekerja dalam pembinaan jambatan Bagan Datuk (Jambatan Sultan Nazrin Shah) dan selepas jambatan itu siap, dia beralih menjadi nelayan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung di sini hari ini.

Mohamad Afandy dan sepupunya Mohd. Amirul Azril Mohd. Shafiee, juga berusia 34 tahun, ditemui terapung di muara Sungai Perak, dekat Kayan, tengah hari tadi.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan membawa bot dari Jeti Sungai Tiram, Lekir, balik ke Kampung Sejagop, mukim Kota Setia, petang semalam, untuk dibaiki, selepas bot itu mengalami kerosakan pada bahagian badannya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan muara Sungai Perak, dekat Kayan, bot dinaiki dilanda arus deras air pasang sehingga kedua-duanya terjatuh ke dalam air.

Sementara itu, Mohd. Shafiee Ali, 57, memberitahu beliau sempat minum bersama Mohd. Amirul Azril sebelum anaknya itu keluar untuk mengambil bot mereka.

Kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sejagop, selepas solat Asar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI