fbpx

Dua beradik lelaki ‘derhaka ibu’ didakwa cederakan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika di Mahkamah Majistret hari ini.

PORT DICKSON – Dua beradik lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya seperti dalam kes video yang tular di media sosial pada akhir bulan September lalu.

Tertuduh seorang lelaki berusia 29 tahun dan adiknya pesalah juvana berusia 17 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya berusia 58 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Permata, Kilometer 4 Jalan Seremban di sini lebih kurang pukul 9.28 malam pada 28 September lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi Seksyen 326A kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda bagi tempoh maksimum yang mana boleh dikenakan jika sabit kesalahan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Izzati Mohd. Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 degan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Tertuduh pertama yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan memandangkan dia tidak bekerja.

Seterusnya, tertuduh kedua yang merupakan pesalah juvana memberitahu mahkamah dia masih bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan dua beradik lelaki itu diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Kes akan disebut semula pada 16 November depan.

Seorang lagi adik-beradik lelaki mereka yang sebelum ini direman atas kesalahan sama dan tular di media sosial telah dibebaskan dan tidak didakwa di mahkamah hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI