fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen dilarang buat “live streaming” ketika persidangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Abdul Johari Abdul menetapkan Ahli Parlimen tidak dibenarkan membuat siaran langsung persidangan Dewan Rakyat menggunakan telefon bimbit untuk disiarkan di media sosial mereka.

Menurut beliau, Dewan Rakyat mendapati trend itu semakin meningkat dalam kalangan Ahli Parlimen sedangkan ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 35 (1) iaitu Ahli Parlimen yang berucap perlu mengarahkan ucapan mereka kepada Pengerusi.

“Sejak kebelakangan ini meningkat trend Ahli Yang Berhormat memasang peranti seperti telefon bimbit di meja untuk buat “live streaming” di media sosial semasa ucapan yang berhormat pada persidangan Dewan Rakyat.

“Peraturan Mesyuarat 35 (1) mengkehendaki Ahli Yang Berhormat mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi. Berucap dengan tidak mengarahkan ucapan itu kepada Pengerusi dan memandang peranti yang dipasang jelas tidak mematuhi peraturan mesyuarat.

“Untuk memastikan Ahli Yang Berhormat menghormati Peraturan Mesyuarat 35 (1), saya dengan ini menetapkan Ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan memasang sebarang peranti bagi membuat “live streaming” dalam Dewan Rakyat,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Johari berkata, ucapan Ahli Parlimen boleh ditonton melalui siaran langsung sidang Dewan Rakyat di saluran YouTube rasmi Parlimen Malaysia, RTM dan media massa lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI