fbpx

Tok Arab tak jadi beli Manchester United, Glazer boleh simpan kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheikh Jassim dilaporkan kecewa dengan rundingan berhubung pembelian saham Manchester United yang menyaksikan beliau menarik diri. - AGENSI

MANCHESTER – Peminat-peminat Manchester United ‘berputih mata’ apabila pembida dari Qatar, Sheikh Jassim menarik diri daripada membeli pasukan itu selepas pemilik, Keluarga Glazer bermain ‘tarik tali’.

Difahamkan, Jassim sudah membuat tawaran sekitar £5.5 bilion (RM31.53 bilion) bagi mendapatkan pemilikan United, namun Glazer berkeras untuk mendapatkan sejumlah £6 bilion (RM34.39 bilion).

Sumber terdekat mengatakan, kedua-dua pihak sudah mengadakan perbincangan serta rundingan dalam tempoh beberapa hari lepas, namun gagal untuk mencapai kata sepakat bagi urusan jual beli.

Justeru, perkembangan terbaharu itu menyebabkan sebahagian besar penyokong United kecewa memandangkan mereka mengharapkan Jassim untuk mengambil alih The Red Devils daripada tangan Glazer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI