fbpx

Belanjawan 2024: Peruntukan tambahan perkasa KPDN hadapi subsidi bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tiga dari kanan) bersama bersama peserta orang kelainan upaya yang menyertai sambutan Hari Sukan Negara peringkat Terengganu di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyambut baik penyaluran peruntukan RM10 juta melalui Belanjawan 2024 diumumkan semalam.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, peruntukan tambahan tersebut bersesuaian dengan cabaran bakal dihadapi berikutan pelaksanaan subsidi bersasar dirancang kerajaan.

Beliau berkata, KPDN dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan terus memperkukuhkan kerangka perundangan menerusi pindaan Akta Persaingan 2010 bagi mengatasi isu berbangkit termasuk gejala kartel.

“Pindaan akta berkenaan sangat penting bagi mewujudkan ekosistem perdagangan dan pembangunan ekonomi yang sihat selain mengawal selia proses saingan dengan lebih tersusun.

“Peruntukan tambahan RM10 juta ini juga kita akan dapat menambah bilangan pegawai penyiasat di dalam MyCC yang sebelum ini cukup terhad iaitu seramai 17 orang sahaja,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat Terengganu di Dataran Batu Buruk di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada KPDN dan MyCC untuk membantu mengukuhkan pelaksanaan subsidi bersasar dirancang kerajaan.

Armizan berkata, pegawai penyiasat MyCC tersebut bukan sahaja akan tertumpu kepada isu kartel bahkan masalah penipuan bidaan projek-projek kerajaan, masalah ketirisan tender dan penguatkuasaan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI