fbpx

‘Aku tembak lepas kau makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutyp menunjukkan dua lelaki bermotosikal menembak anjing liar di Pantai, Nilai di sini.

SEREMBAN – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian menembak tiga ekor anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, aduan tentang kejadian tersebut telah diterima kaunter aduan Balai Polis Pantai daripada seorang lelaki berumur 25 tahun pada pukul 7.43 malam.

“Lelaki itu menyatakan pada pukul 5.42 petang semalam semasa sedang memancing berhampiran sebuah kilang pasir di Pantai Batu 9, Kampung Golai, Pantai di sini dia telah mendengar bunyi empat das tembakan dari arah belakang.

“Pengadu mendapati tiga ekor anjing telah ditembak oleh seorang lelaki menggunakan senapang patah. Dua ekor daripada anjing tersebut telah mati manakala seekor telah tercedera dan telah lari dari kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Malik berkata, susulan daripada kejadian tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suspek pada pada pukul 9.15 malam semalam dan merampas selaras senapang patah bersama sembilan butir peluru dan lima butir kelongsong peluru di sekitar kawasan Pantai dan Sikamat.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Siasatan mendapati suspek menembak anjing liar kerana marah anjing-anjing tersebut cuba menggigit anak suspek dan memakan haiwan peliharaan suspek. Senapang patah yang digunakan adalah milik saudara suspek.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan permohonan reman telah dibuat ke atas suspek di Mahkamah Majistret Seremban dan diluluskan selama dua hari sehingga 14 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI