fbpx

PKS bergantung kepada simpanan, sokongan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akses kepada pembiayaan dilihat kekal menjadi kebimbangan utama bagi PMKS di Malaysia. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kira-kira 70 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau ini memulakan perniagaan menggunakan modal yang dikumpul daripada simpanan peribadi serta sokongan kewangan keluarga dan rakan, menurut Kelakuan Pembiayaan dan Kewangan Digital PKS: Laporan Asia Tenggara 2023 oleh Fun­ding Societies.

Laporan hasil tinjauan hampir 1,000 PKS di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam itu menemukan bahawa 23 peratus lagi responden PKS mendapat pembiayaan dari bank tradisional, manakala baki tujuh peratus beralih kepada sumber alternatif seperti syarikat teknologi kewangan (fintech).

Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon berkata, majoriti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia masih bergantung kepada simpanan peribadi dan sokongan keluarga untuk modal permulaan.

Jelasnya, hal ini menggariskan keperluan untuk menyediakan penyelesaian kewangan berinovasi yang direka khusus bagi memenuhi keperluan golongan berkenaan.

“Akses kepada pembiayaan kekal menjadi kebimbangan utama bagi PMKS Malaysia.

“Laporan ini mengu­kuhkan lagi kepentingan platform fintech se­perti Funding Societies dalam usaha merapatkan jurang ini dan menyediakan sokongan kewangan yang diperlukan oleh PMKS untuk terus berkembang maju.

“Seiring dengan usaha mengharungi fasa pemulihan ekonomi pascapandemik, laporan ini boleh dijadikan panduan untuk penggubal dasar dan ins­titusi kewangan memberikan per­khidmatan yang lebih baik kepada segmen PMKS, memastikan mereka mempunyai alat serta sumber untuk berjaya dalam landskap perniagaan yang sentiasa berkembang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI