fbpx

Mayat Juani Wasi ditemui di tapak perkhemahan, waris dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui di tapak lama perkhemahan Pantai 2, Tanjung Aru pada Ahad lalu. FOTO IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui di tapak lama perkhemahan Pantai 2, Tanjung Aru pada Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, ia berikutan hasil pemeriksaan mendapti tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Selain itu, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa. Pemeriksaan polis juga mendapati tidak ada sebarang kesan pergelutan atau tanda-tanda jenayah berlaku.

“Bagaimanapun, hasil semakan padanan cap jari didapati mangsa bernama Juani Wasi dengan nombor Kad Pengenalan 840831125851,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom meminta kerjasama orang ramai yang mengenali penama untuk menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Mohd Sukur Mahmud di talian 019-5637151.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI