fbpx

Hujan lebat di beberapa tempat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan kini sedang berlaku di hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya pada petang ini berkata, keadaan hujan kini lebih tertumpu di bahagian utara Pantai Barat termasuk di kawasan Lembah Klang, begitu juga di negeri-negeri Pantai Timur.

“Kami jangka keadaan hujan di negeri-negeri Pantai Barat ini akan beransur reda sekitar awal malam nanti.

“Namun begitu, hujan di bahagian utara Pantai Timur mampu untuk berterusan sehingga ke lewat malam nanti,” katanya di sini tadi.

Selain itu, di Timur Malaysia pula, hujan kini berlaku di beberapa tempat iaitu di Kuching, Sarikei dan di Limbang, Sarawak.

“Hujan juga tertumpu di bahagian Sandakan, Kudat dan Pantai Barat. Dijangkakan keadaan di Malaysia Timur ini akan berlanjutan sehingga ke awal malam nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, bagi ramalan cuaca malam hingga ke tengah malam nanti pula, dijangkakan hujan lebat masih lagi berpotensi untuk berlaku di pedalaman negeri Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Hujan menjelang ke tengah malam nanti juga boleh berlaku di bahagian pedalaman negeri Sarawak dan Sarawak. Sementara lain-lain negeri, keadaan dijangka baik dan tiada hujan berlaku,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI