fbpx

Shila Amzah ‘sound’ Syada usah jaja hal keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Shila Amzah menitipkan pesanan buat adiknya, Syada agar tidak bercerita tentang hal keluarga dalam media sosial .

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menasihatkan adiknya, Syada Amzah agar tidak terlalu mencanang ‘pekung’ keluarga dalam media sosial.

Susulan pendedahan dirinya dihalau dari rumah keluarganya, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah memohon adiknya menyimpan kemas hal membabitkan keluarga tanpa perlu mengejar sensasi dan kemasyhuran.

“Biarlah urusan tertentu kekal dalam keluarga sahaja.

“Jangan kejar tajuk berita untuk mendapatkan populariti semata-mata,” kongsinya pendek dalam Instagram.

Semalam, bekas peserta Big Stage musim kedua itu menuai tanda tanya ramai apabila memberi gambaran seolah-olah bakal dihalau dari rumah selepas bertanyakan tentang rumah untuk disewa.

Tidak terhenti di situ, Syada turut memuat naik satu lagi hantaran dengan mendakwa individu tidak dikenali datang untuk melihat kediaman yang menjadi tempatnya dan ibu tersayang, Fauziah Sarman berteduh selama ini

Usaha Kosmo! Online mendapatkan kenyataan lanjut daripada Syada masih belum berhasil apabila pengurusnya memaklumkan, penyanyi itu enggan memberikan sebarang komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI