fbpx

Penubuhan kawal selia Bursa Malaysia akan dipertimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tiga dari kiri) mengetuk gong sebagai gimik perasmian Majlis Pelancaran Prinsip Tadbir Urus Korporat G20/OECD Peringkat Asia yang Disemak Semula di SC, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Parlimen akan mempertimbangkan penubuhan dan operasi anak syarikat kawal selia Bursa Malaysia (RegSub) bagi menambah baik struktur tadbir urus sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penubuhan RegSub sejajar dengan Prinsip G20/Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang telah disemak semula.

“Prinsip G20/OECD menekankan keperluan untuk pembahagian tanggungjawab yang jelas dalam kalangan pelbagai pihak berkuasa dan perlindungan mengurus konflik kepentingan berpotensi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Majlis Pelancaran Prinsip Tadbir Urus Korporat G20/OECD Peringkat Asia di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di sini, hari ini.

Kira-kira 150 perwakilan dari lebih 20 negara menghadiri Persidangan Meja Bulat OECD-Asia 2023 mengenai Tadbir Urus Korporat yang berlangsung selama dua hari di SC.

Forum serantau tersebut menggalakkan dialog mengenai dasar tadbir urus korporat dan kewangan korporat antara ekonomi Asia dan OECD.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang akan dibentangkan di Parlimen bulan ini, menggariskan prinsip dan piawaian pengurusan fiskal untuk meningkatkan akauntabiliti, tadbir urus dan ketelusan.

“Rangka kerja fiskal lain seperti Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) dan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) akan melengkapkan usaha tersebut,” katanya.

Prinsip G20/OECD merupakan penanda aras global untuk rangka kerja undang-undang, kawal selia dan institusi berkenaan tadbir urus korporat.

Ia telah disahkan pada Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di New Delhi, hari ini.

Prinsip yang disemak semula itu bertujuan untuk menangani perubahan dan cabaran yang muncul yang dihadapi oleh syarikat di seluruh dunia, antaranya perubahan iklim dan pendigitalan, yang membawa kepada ketidaktentuan dan cabaran baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI