fbpx

Pengantin henti majlis kahwin demi bantu budak sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chang menolong tetamu kanak-kanak yang menghidap sawan dalam majlis perkahwinannya di China baru-baru ini. - Foto Sanook

BEIJING – Sebuah majlis perkahwinan terpaksa dihentikan apabila pengantin perempuan yang bersedia untuk berjalan dengan pasangannya bertindak meninggalkan seketika acara itu demi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian itu berlaku apabila seorang kanak-kanak yang menghadiri majlis tersebut mula mengalami sawan demam panas.

Ia menyebabkan pengantin perempuan, Chang, bertindak pantas menangguhkan majlis perkahwinannya untuk membantu kanak-kanak tersebut.

Media China melaporkan bahawa Chang yang merupakan seorang jururawat pediatrik dari Bandar Luliang, wilayah Shanxi itu sedang bersedia untuk berjalan dalam majlis perkahwinannya.

Saudara kandung pengantin lelaki kemudian bergegas masuk untuk memaklumkan kepada mereka mengenai seorang kanak-kanak perempuan diserang sawan.

Changyang menyedari keadaan itu, segera meninggalkan majlis tersebut buat seketika dan pergi memeriksa keadaan kanak-kanak berkenaan.

Selepas kira-kira 10 minit, keadaan kanak-kanak itu bertambah baik.

Chang kemudian menasihatkan keluarganya tentang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil dan menunggu sehingga dia dibawa ke hospital sebelum menyambung semula majlis perkahwinannya.

Sejurus klip video itu dikongsikan di media sosial, ramai netizen memuji Chang dengan ada yang menyifatkannya pengantin paling cantik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI