fbpx

Dewan Rakyat: Telah berkahwin, sudah bekerja antara faktor berhenti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Rekod Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) antara tahun 2019 hingga 2023 mendapati terdapat beberapa faktor utama murid berhenti bersekolah.

Antaranya tidak lagi berminat untuk bersekolah, sudah bekerja, sudah berkahwin, masalah keluarga atau sukar untuk ke sekolah disebabkan faktor jarak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, kadar keciciran murid perempuan di sekolah menengah meningkat dalam tempoh empat tahun lalu iaitu daripada 0.4 peratus pada 2019 kepada 0.71 peratus pada 2022.

“Kadar keciciran murid lelaki menunjukkan penurunan pada peringkat persekolahan berkenaan iaitu dari 0.72 peratus kepada 0.29 peratus bagi tempoh sama.

“Secara keseluruhan, kadar keciciran murid di negara ini menunjukkan trend penurunan antara 2019 hingga 2022,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) mengenai kadar keciciran dari sistem sekolah dan sebab keciciran mengikut tahun, umur serta jantina antara 2019 hingga Jun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI