fbpx

Dewan Rakyat: Perjawatan Tribunal Anti Gangguan Seksual dapat kelulusan JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy.

KUALA LUMPUR – Perjawatan bagi penubuhan Tribunal Anti Gangguan Seksual telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 10 Oktober 2023.

Kelulusan itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di Dewan Rakyat hari ini.

Tibunal tersebut untuk menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dengan kos minimum.

Nancy berkata, tribunal itu juga menyediakan platform bagi satu hak tebus rugi kepada mangsa yang telah diganggu secara seksual.

“Sebagai permulaan.tribunal akan diwujudkan di Kuala Lumpur dan sekiranya di masa hadapan terdapat keperluan untuk ditambah ke negeri-negeri lain, kita akan teliti semula dan usahakan sebaiknya.

“Bagaimanapun Seksyen 12 (3) Akta Anti Gangguan Seksual 2022 memperuntukkan tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat.

“Sekiranya ada keperluan untuk tribunal bersidang di negeri-negeri lain, ia masih boleh dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang dalam akta ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai status terkini penubuhan tribunal berkaitan Akta Anti Gangguan Seksual 2022. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI