fbpx

Dewan Rakyat: Aktiviti along berleluasa sebab sukar dapat pinjaman bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui kegiatan pemberian pinjaman wang tanpa lesen atau lebih dikenali sebagai along semakin berluasa di negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kegiatan along berleluasa ekoran terdapat permintaan dalam kalangan masyarakat.

“Kementerian memaandang serius kes jenayah melibatkan pemberian (pinjaman) wang tanpa lesen atau along yang semakin berluasa di negara ini buat masa ini.

“Kegiatan ini masih berleluasa disebabkan permintaan daripada masyarakat dan tawaran daripada along lebih mudah dan senang berbanding pinjaman ditawarkan institusi perbankan dan institusi kewangan berlesen.

“Kesukaran dihadapi masyarakat untuk meminjam daripada industri perbankan dan industri kewangan berlesen, maka kegiatan along berleluasa,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI