fbpx

Cuba rempuh sekatan rupanya simpan 19 pasport orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang ditahan selepas didapati memiliki 19 pasport disyaki palsu di di Jalan Pandan Indah-Ampang, malam tadi.

AMPANG – Cubaan merempuh dan melarikan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) akhirnya membongkarkan kegiatan seorang lelaki warga asing yang memiliki 19 pasport milik orang lain disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tangkapan dilakukan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ampang Jaya di Jalan Pandan Indah-Ampang, di sini, semalam.

“Kira-kira pukul 11.45 malam, didapati sebuah motosikal hampir merempuh SJR dan kemudian berpatah balik secara melawan arus.

“Penahan berjaya dibuat terhadap penunggang motosikal itu dan pemeriksaan mendapati lelaki warga asing berkenaan tiada lesen memandu dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Azam, pemeriksaan lanjut dalam beg galas di belakang badan suspek mendapati terdapat 14 pasport Bangladesh dan lima pasport Indonesia milik orang lain disyaki palsu.

Jelas beliau, lelaki tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut dan semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau serta saringan air kencing adalah negatif dadah.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI