fbpx

97 lokasi hotspot banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Najwan Halimi (sembilan kiri barisan tengah) bersama anggota agensi keselamatan yang terlibat dalam latihan tersebut di Pelabuhan Klang, Klang. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG- Sebanyak 97 lokasi hotspot dikenali pasti akan berlakunya banjir di Selangor susulan peralihan monsun ketika ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi, Klang mencatatkan lokasi paling tinggi dengan 23 tempat diikuti Sepang (19), Gombak (13), Petaling (11), Kuala Langat (5), Kuala Selangor (4), Sabak Bernam (2) dan satu di Hulu Selangor.

Katanya, Unit Pengurusan Bencana negeri berada dalam kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi bencana tersebut.

“Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) pada minggu lalu telah memberikan peranan kepada setiap Exco negeri berhubung tugas yang perlu mereka lakukan ketika banjir.

“Unit Pengurusan Bencana Selangor sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai risiko berlakunya banjir di bawah pentadbiran mereka,” katanya ketika ditemui selepas program Latih Amal Ops Ex-Ganjar 2023 di Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai banjir kilat di
Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh malam tadi, Mohd. Najwan memaklumkan pihak kerajaan negeri akan turun padang bagi menilai kerosakan yang dialami mangsa banjir.

“Sekiranya nilai kerosakan mangsa agak tinggi dan memerlukan tindakan susulan daripada kerajaan negeri, maka bantuan akan diberikan kepada mereka melalui pejabat daerah kawasan tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, kira-kira 20 buah rumah di Kampung Kubu Gajah dilanda banjir kilat setinggi 0.9 meter namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -KOSMO!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI