fbpx

Hujan lebat dijangka landa Kelantan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) menjangkakan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di 11 negeri termasuk Kelantan petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh kawasan di Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di hampir keseluruhan negeri Kedah melibatkan Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Cuaca sama juga dijangka di sebelah utara melibatkan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar),” katanya.

Selain itu, beberapa kawasan lain di Semenanjung iaitu Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor dan Hulu Langat) Negeri Sembilan (Seremban) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kulai) turut dijangka menerima hujan lebat berserta ribut petir.

Sementara itu di sebelah Malaysia Timur pula, ribut petir dan hujan lebat turut dijangka di Sarawak, melibatkan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod dan Sandakan) turut diramalkan menerima cuaca buruk sehingga 6:00 petang hari ini,” ujar Metmalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI