fbpx

K2

Usaha selamatkan 100 serpihan karang hidup di Pulau Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan-serpihan karang diselamatkan dengan cara mengikat karang tersebut pada tapak semaian Coral Port.

KEMUSNAHAN terumbu karang di lautan boleh memberikan impak yang besar terhadap kehidupan marin dan juga manusia sejagat.

Hakikatnya, banyak komuniti pantai bergantung kepada terumbu karang sebagai sumber makanan dan juga mata pencarian. Ini kerana, terumbu karang yang sihat menyokong industri perikanan dan pelancongan.

Justeru, usaha atau kempen-kempen untuk melindungi terumbu karang ini perlu diteruskan dan dipergiat oleh pelbagai pihak.

Di Malaysia, usaha berkenaan telah dijalankan pelbagai pihak yang prihatin tentang isu alam sekitar.

Sebagai usaha menyokong kelestarian terumbu karang, Syarikat Etika Sdn. Bhd. yang merupakan pengeluar minuman terkenal Pepsi, Kopi Wonda, Twister, Susu Goodday dan lain-lain baru-baru ini telah bergabung tenaga bersama pasukan Reef Check Malaysia untuk melaksanakan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Protect the Reefs: Save the Coral Reef Habitats di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang.

Program tersebut dijalankan selama tiga hari iaitu pada 13 hingga 15 September lalu.

PIHAK Etika bersama Reef Check Malaysia berpadu menyelamatkan terumbu karang dalam program Protect the Reefs: Save the Coral Reef Habitats di Pulau Tioman baru-baru ini.

Seramai sembilan kakitangan Syarikat Etika Sdn. Bhd. telah terlibat dalam usaha tersebut yang memberi manfaat kepada kehidupan marin di Pulau Tioman.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban Thurai Sundaram berkata, program itu merupakan salah satu inisiatif syarikat menerusi program CSR dalam memupuk budaya menjaga dan melestarikan alam sekitar di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang kepentingan menjaga terumbu karang di sekitar perairan Pulau Tioman.

“Dalam program tiga hari tersebut, pasukan Etika dengan kerjasama pasukan Reef Check Malaysia telah berjaya menyelamatkan 100 serpihan karang hidup dengan cara mengikat serpihan karang hidup tersebut pada tapak semaian Coral Port,” katanya menerusi kenyataan akhbar kepada K2.

Usaha memulihara terumbu karang perlu terus dipergiat demi kelestarian alam.

Melalui program pembersihan dasar laut pula, sembilan penyelam Etika telah terlibat dalam usaha mengawal spesies tapak sulaiman mahkota berduri atau crown of thorns yang mengalami ancaman akibat kepupusan terumbu karang dengan menggunakan kaedah suntikan cecair cuka di dalam laut.

Usaha tersebut telah berjaya direalisasikan seperti yang dirancang dengan kerjasama padu pihak Etika dan pasukan Reef Check Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI