fbpx

[VIDEO] Nak anak lagi, tapi saya sudah berusia – Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON dan pengarah Datuk Afdlin Shauki enggan meletakkan harapan tinggi untuk menimangh cahaya mata selepas berkahwin buat kali kedua pada Ogos lalu dengan seorang wanita bernama Marcella.

PETALING JAYA – Pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan keduanya dengan pengurusnya yang dikenali Marcella pada Ogos lalu.

Meskipun begitu, pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan, 52, enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal tersebut memandangkan sudah berusia.

“Ada perancangan nak timang cahaya mata.

“Insya-Allah mencuba tetapi umur saya pun sudah tua,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar filem Harimau Malaya The Untold Journey di sini, hari ini.

Berkongsi mengenai kehidupannya selepas kembali bergelar suami sejak dua bulan lalu, Afdlin bersyukur semuanya berjalan dengan lancar

Selain itu, isterinya juga turut memberi sokongan penuh selain sangat memahami aktiviti seninya.

“Saya gembira, seronok serta lebih tenang selain makan dan minum kembali terjaga.

“Isteri juga banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni saya.

“Kami juga kongsi minat yang sama malah sangat memahami apa yang saya lakukan,” jelasnya.

Ditanya mengapa mengambil masa sebulan untuk mendedahkan berita pernikahan, dia hanya ingin memberi ruang kepada isteri agar lebih bersedia selain mencari tarikh yang sesuai.

“Saya sangat hormat isteri saya. Dia tak kisah kalau nak kongsi mengenai pernikahan kami tetapi saya mencari masa yang sesuai supaya dia okey dan betul-betul bersedia.

“Pada awalnya nak kongsi pada awal Ogos lalu tetapi sudah ada Pilihan Raya Negeri (PRN) pula, risau ganggu fokus,” jelas bintang filem Papadom itu.

Dalam masa sama, Afdlin memberitahu hubungan isterinya dengan anak-anak yang salah seorangnya aktres Mia Sara kini terjalin baik.

Jelasnya, majlis pernikahan jugak diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja.

“Dia dengan keluarga saya okey. Anak anak juga okey dengannya termasuk bekas isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah.

“Anak anak beri respons yang baik. Hanya seorang anak saya hadir pada hari pernikahan namun hubungan kami semua tetap baik.

“Majlis pun memang diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Tiada majlis yang besar pun. Kasihan juga dengan isteri saya tetapi dia okey sahaja dan tiada masalah.

“Majlis diadakan hanya nak beritahu dan menghalalkan sebuah perhubungan, itu sudah cukup bagi saya,” katanya lagi tanpa mendedahkan tarikh sebenarnya hari pernikahannya.

Pada September lalu, Afdlin mendedahkan sudah menamatkan zaman dudanya dengan Marcella sejak Ogos lalu.

Afdlin dan Christina berkahwin pada 1997 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI