fbpx

Mahkamah: Penganggur dituduh samun rokok, wang kedai serbaneka 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasrul Nizam (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dihadapkan atas pertuduhan menyamun kedai serbaneka 24 jam di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Hasrul Nizam Sobri, 27, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyamun 12 kotak rokok dan wang tunai RM230.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kampung Losong Mat Shafie di sini pada pukul 5.15 pagi, 4 Oktober lalu.

Mohamad Hasrul Nizam didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online 4 Oktober lalu melaporkan seorang penganggur diberkas polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kampung Losong Mat Shafie di sini.

Lelaki tersebut ditahan di Jalan Losong Masjid di sini iaitu kira-kira 1.1 kilometer daripada lokasi kejadian pada pukul 4.15 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI