fbpx

Jiran batuk punca suspek letup bom depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bom buatan sendiri yang ditemui di koridor hadapan sebuah rumah di Flat Taman Pandan, Butterworth, Ahad lalu.

SEBERANG PERAI – Tidak puas hati dipercayai menjadi punca pasangan kekasih meletupkan bom buatan sendiri di koridor hadapan rumah jiran mereka di flat Taman Pandan, Butterworth di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie walau bagaimanapun berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kedua-dua suspek bertindak sedemikian.

Menurutnya, suspek terdiri lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun itu bekerja sebagai operator kilang yang tinggal di flat yang sama.

“Setakat ini, motif kejadian dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap jirannya yang didakwa selalu batuk setiap kali melalui kaki lima untuk ke rumahnya.

“Susulan itu, suspek bertindak meletakkan bahan letupan berkenaan kerana marahkan jirannya.
Kedua-duanya mereka direman selama empat hari bermula semalam sehingga 12 Oktober ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan kedua-dua suspek ditahan selepas disyaki terbabit dalam insiden letupan bom buatan sendiri, Ahad lalu.

Siasatan awal turut membawa kepada penemuan satu lagi bom buatan sendiri dan pihak polis turut merampas sepucuk pistol dan peluru buatan sendiri serta kerambit.

Suspek utama turut mengakui mempelajari cara dan teknik membuat bom melalui laman web manakala bahan yang digunakan diperolehi menerusi pembelian dalam talian.

Terdahulu, satu letupan dilaporkan berlaku di flat terbabit pada pukul 12.56 tengah hari, Ahad lalu dan saksi kejadian telah menemui bungkusan dipercayai bahan letupan sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI