PETALING JAYA – Sebanyak empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.
Berdasarkan jadual IPU dipaparkan di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu 169.
Turut merekodkan IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai di Melaka, yang mencatatkan bacaan 156.
Sementara itu di Johor, bacaan IPU tidak sihat melibatkan dua kawasan iaitu Batu Pahat (158) dan Larkin (137). – KOSMO! ONLINE














