fbpx

Duit syiling penyambung hayat empat beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Raziz (kiri) menghidap penyakit jantung kronik kini dijaga isterinya selepas gagal memperoleh sebarang kerja untuk mencari rezeki buat keluarganya.

SEREMBAN – Seorang pesakit jantung buntu untuk meneruskan kelangsungan hidup apabila gagal menyediakan kewangan yang cukup untuk ahli keluarga­nya ekoran sukar mendapat pekerjaan selepas berhenti berniaga kedai makanan.

Mohd. Raziz Sharim Shukur, 41, berkata, pergerakannya terbatas apabila sudah memasang lima stent jantung sejak ­meng­alami penyakit itu pada 2018.

Kata bapa kepada dua anak berusia 12 dan 14 tahun itu, dia perlu cekal untuk terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup ahli keluar­ganya.

“Saya tidak mempunyai pendapatan selepas mengalami ma­salah dalam perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain sukar mendapat pe­kerjaan ekoran masalah kesihatan.

“Kami cuba untuk bangkit semula selepas PKP, namun usaha itu tidak berjaya.

“Walaupun penyakit saya kritikal, saya tidak pernah berhenti mencari kerja tetapi belum ada rezeki,” katanya ketika ditemui di Taman Angsana, Sikamat di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Raziz, ekoran itu sewa rumahnya sudah tertunggak dan bayaran untuk sekolah tahfiz anaknya sebanyak RM1,500 di Johol, Kuala Pilah tidak dapat dilunaskan sejak tiga bulan lalu.

Tambahnya, dia hanya menggunakan duit syiling yang ditukar setiap hari untuk membeli makanan.

“Apa yang menyedihkan saya gagal menyediakan makanan buat mereka. Sebelum ini setiap minggu saya belikan biskut, mi­numan dan barangan kebersihan untuk anak tahfiz tetapi semua­nya terhenti apabila jadi macam ini.

“Hanya Tuhan yang tahu ke­adaan kami ketika ini,” rintihnya.

Ujar Mohd. Raziz, ketika ini dia sedang berusaha bagi mencari pendapatan buat keluar­ganya, namun dia memerlukan modal menjalankan perniagaan semula.

“Saya ada mendapat tawaran untuk berniaga di sebuah tapak tetapi modal saya memang tiada, yang saya ada ketika ini hanya perkakas. Kalau ada yang boleh membantu saya amat bersyu­kur,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh me­nyalurkannya ke akaun Maybank 164182410108 atas nama Mohd. Raziz atau menghubunginya di talian 016-446 0313.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI