fbpx
Anggota bomba membawa keluar warga emas dari rumah yang ditenggelami banjir petang tadi.

Banjir kilat: 19 penduduk Kampung Periuk dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 19 penduduk Kampung Periuk termasuk empat warga emas dan tujuh kanak-kanak, disini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman merka ditenggelami air akibat banjir kilat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa membuat pemantaun di sekitar kawasan berkenaan pukul 5 petang tadi.

Menurut Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, seramai lapan anggota telah ditugaskan untuk ke lokasi kejadian.

“Banjir kilat berlaku di sekitar Kampung Periuk melibatkan seramai 19 orang
mangsa.

“Mangsa yang terlibat terdiri daripada empat warga emas, dewasa (8) dan lapan kanak-kanak,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa dipindahkan ke PPS yang bertempat di Sekolah Menengah Puteri Wilayah, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN