fbpx

Peserta lelaki Ironman Langkawi dirawat di ICU mula sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Rabani

KUALA TERENGGANU – Peserta Ironman Langkawi, Muhammad Rabani Hashim yang sebelum ini dilaporkan berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah mula sedarkan diri.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya berkata, perkembangan positif tersebut dimaklumkan oleh isteri Muhammad Rabani, 29, sebentar tadi.

Beliau berkata, Muhammad Rabani yang kakitangan Unit Pelapis dan Pembangunan Bakat MSNT dimaklumkan berada dalam keadaan stabil dan dalam proses untuk dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dalam masa terdekat.

“Saya diberitahu oleh isterinya, Muhammad Rabani sudah sedarkan diri dalam keadaan stabil dan tidak lagi memerlukan mesin alat bantuan pernafasan.

“Imbasan ke atas organ dalaman juga positif cuma difahamkan masih dalam pemantauan pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Shahrizal menjelaskan, MSNT selaku majikan telah menghulurkan bantuan segera kepada ahli keluarga Muhammad Rabani.

Beliau juga mendoakan kakitangan MSNT yang sangat aktif dalam sukan berbasikal agar segera pulih.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI