fbpx

Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lapan kawasan termasuk di Cheras, Kuala Lumpur dan Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras mencatatkan IPU 157 manakala Bukit Rambai pula dengan 153.

“Seterusnya, Nilai di Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 151, manakala selebihnya di Selangor melibatkan lima kawasan iaitu Banting (156), Klang (155), Shah Alam (153), Johan Setia (153), Petaling Jaya (143),” menurut laman web tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI