fbpx

Pelumba Ckj Racing Team kritikal kemalangan di Cub Prix Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZAT ZAIDI mengalami kecederaan patah tulang rusuk kiri dan pendarahan dalam paru-paru selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi ‘Super-pole’ perlumbaan Cub Prix Malaysia di Iskandar Puteri, Johor.

JOHOR BAHRU – Pelumba CKJ Racing Team, Izzat Zaidi Md Salehan kini masih berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi ‘Super-Pole’ perlumbaan Cub Prix Malaysia, di Iskandar Puteri, semalam.

Menurut Pengurus Pasukan CKJ Racing, Amer Saad, pelumba berusia 27 tahun itu mengalami patah tulang rusuk kiri dan pendarahan di bahagian paru-paru.

Beliau berkata, Izzat Zaidi kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas selesai menjalani pembedahan pada pukul 4 pagi tadi.

“Izzat masih lagi bergantung 100 peratus mesin bantuan pernafasan selepas selesai menjalani pembedahan.

“Menurut doktor, mereka akan tunggu dalam masa 48 jam untuk melihat sama ada masih terdapat pendarahan di paru-paru atau tidak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat di Facebook, dipercayai video kemalangan membabitkan pelumba tersebut menunjukkan jentera Yamaha yang dipacunya sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan di tepi litar.

Turut tular, hantaran isteri kepada Izzat Zaidi di Instagram milik ‘elyshanorizal’, memohon orang ramai agar mendoakan suaminya yang selesai menjalani pembedahan dan bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan.

Turut dimuat naik adalah sekeping gambar dipercayai Izzat Zaidi yang dipercayai baru selesai menjalani pembedahan.

Amer memberitahu, keluarga Izzat Zaidi termasuk isterinya kini berada di HSA dan menunggu kebenaran untuk melawat pelumba berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan kemalangan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI