fbpx

Cantik, bersihnya kulit kaki Aqish!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT masing-masing memuji kulit mulus milik Puteri Balqis.

PELAKON berbakat besar Puteri Balqis sekali lagi menuai perhatian peminatnya dalam Instagram. Menerusi perkongsian yang dimuat naik Balqis atau mesra disapa Aqish, ramai teruja dan memuji pelakon itu kerana memiliki sepasang kaki yang cantik mulus.

Kalau sebelum ini, Aqish sering dikritik kerana berpenampilan seksi dan tidak sesuai dengan usianya yang masih lagi muda.

Tapi nampaknya sekarang, gaya dan penampilannya Sudah boleh diterima peminat, malah ramai yang memuji kecantikan bukan sahaja wajah, tetapi kakinya juga.

Dalam video yang dikongsikan, Aqish dilihat bergaya dengan memakai skirt pendek. Difahamkan, tujuannya adalah untuk mempromosikan kasut yang pakai.

Tapi bentuk kakinya yang panjang dan berkulit mulus lebih mencuri perhatian pengguna Instagram.

“Macam mana kaki kau tak ada parut dik?” kata seorang netizen.

“Cantiknya kaki Aqish. Kulit bersih,” puji seorang lagi pengguna Instagram.

“Cantik kaki Aqish macam pakai sarung kaki,” ujar seorang lagi netizen.

Aqish memberitahu, salah satu cara yang dia lakukan untuk memiliki kulit kaki yang cantik adalah dengan menggunakan beras.

Katanya, setiap hari ibunya akan menyental kakinya dengan beras, walaupun berasa sakit untuk mendapatkan kaki yang cantik dan bersih.

Wah! Diva rasa nak cuba pula. Kalau gosok pada ketiak, agak-agak boleh putih tak?

DIVA: Kasihan isteri Mawi iaitu Ekin apabila ramai yang mengecam tindakannya, termasuk rakan artis gara-gara mengadu harga makanan mahal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI