fbpx

Malaysia, Indonesia tingkat kerjasama banteras jenayah rentas sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Delegasi daripada Polis Malaysia dan Polis Indonesia mengadakan mesyuarat isu jenayah rentas sempadan di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berharap kerjasama antara agensi keselamatan Malaysia dan Indonesia dapat ditingkatkan bagi membendung aktiviti jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat High Level Meeting (HLM) Maritime Border Patrol Coordinating Group (MBPCG) Ke-6 Tahun 2023 yang diadakan di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya berbangga Johor dipilih menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan yang kali terakhir diadakan, enam tahun lalu.

“Lima tahun mesyuarat ini tidak dapat diadakan pelbagai kekangan termasuklah pandemik Covid-19, bencana banjir dan juga pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Jadi saya berbangga Johor Bahru menjadi tuan rumah kali ini.

“Saya berharap jalinan kerjasama antara pihak terlibat dapat diteruskan demi keselamatan dan keamanan perairan Johor khususnya dan juga perairan kedua-dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia terutamanya di Selat Melaka,” katanya selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat dihadiri seramai kira-kira 60 delegasi daripada barisan kepimpinan agensi keselamatan berkaitan daripada kedua-dua buah negara turut membincangkan isu perkongsian maklumat berkaitan penyeludupan kontraban, dadah dan penyeludupan migran.

Dalam majlis sama, persetujuan turut dicapai untuk bekerjasama dalam usaha pembanterasan aktiviti jenayah rentas sempadan dan juga pelaksanaan misi mencari dan menyelamat (SAR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI