fbpx

UCL: Howe tetap mahu merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE memanfaatkan aksi di tempat sendiri pada saingan UCL buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun dengan membenam cabaran PSG awal pagi semalam. - AFP

NEWCASTLE – Newcastle United mencipta sejarah tersendiri apabila membelasah Paris Saint-Germain (PSG) 4-1 pada aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara (UCL) yang berlangsung di Stadium St. James Park awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan The Magpies mengungguli saingan Kumpulan F selepas pertemuan antara dua lagi pasukan, AC Milan dan Borussia Dortmund berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe bagaimanapun enggan terlalu gembira dengan kemenangan tersebut selain menggesa barisan pemainnya supaya kekal merendah diri kerana masih banyak perlawanan perlu diharungi.

“Kami bermula dengan agak sukar pada saingan musim ini, jadi apabila sudah berada dalam situasi sekarang, kami tidak boleh terlalu mendabik dada. Masih banyak cabaran perlu diharungi selepas ini.

“Saya harap kami boleh teruskan aksi seperti ini pada perlawanan akan datang, namun ia memerlukan kerja keras daripada semua pemain. Kemenangan ini beri kepercayaan kepada kami untuk mencabar pasukan-pasukan lain,” katanya.

Beliau turut mengakui, mereka gagal untuk menampilkan aksi sebenar ketika mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Milan pada perlawanan pertama yang berlangsung di San Siro bulan lalu.

“Pada aksi sulung menentang Milan, ada beberapa aspek permainan yang tidak dapat dipenuhi oleh pemain-pemain. Hari ini (semalam) kami buktikan masalah itu sudah diselesaikan,” ujar Howe. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI