fbpx

PSG sahkan kejuaraan Ligue 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG mengesahkan kejuaraan Ligue 1 selepas Monaco tewas kepada Lyon pada aksi awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Paris Saint-Germain berharap kejayaan mengekalkan kejuaraan Ligue 1 kali ketiga berturut-turut menjadi langkah pertama untuk mereka memburu gelaran trebel apabila masih bersaing di Liga Juara-Juara dan baal beraksi di final Piala Perancis.

Gelaran musim ini menyaksikan gergasi Perancis itu mengumpul 12 kejuaraan dalam sejarah selain ia adalah kemenangan ke-10 dalam tempoh 12 musim selepas pemilikan kelab itu diambil alih konsortium dari Qatar pada 2011.

Kemenangan tersebut adalah berpunca daripada kegagalan Monaco yang mencatat kekalahan 2-3 ketika menentang Olympique Lyon awal pagi semalam membolehkan PSG memiliki kelebihan 12 mata berbaki tiga lagi perlawanan.

Kejayaan itu mendapat perhatian Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi yang mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain dan staf kejurulatihan serta menganggap semua yang berada di kelab telah menjalankan tugas dengan baik.

“Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih, Luis Enrique serta stafnya selain buat Luis Campos dan unit sukan. Begitu juga buat semua yang berada di kelab ini.

“Memenangi liga adalah suatu yang menakjubkan, tetapi untuk memenangi Ligue 1 buat kali ke-12 merupakan suatu yang sangat istimewa. Sejak dari awal lagi, pasukan ini berada dalam keadaan yang cukup kolektif dan bersatu.

“Saya tidak akan lupakan jasa para peminat yang cukup hebat apabila sentiasa bersama pasukan tanpa mengira keputusan yang diperoleh. Kami akan mengharungi detik indah ini secara bersama dan terus berusaha sehingga penghujung musim,” kata Al-Khelaifi.

Musim ini menyaksikan PSG hanya tewas sekali dalam aksi Ligue 1 ketika menanggung kekalahan 2-3 menentang Nice pada September lalu dan bakal turun berdepan Borussia Dortmund untuk aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI