fbpx

Remaja maut motosikal bergesel dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat M.Dunissraao berada di bawah treler selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan treler dalam kemalangan di Simpang Empat Lampu Isyarat Plaza Tol Utara di Kilometer 54,Jalan Alor Setar-Butterworth di sini pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah treler di Simpang Empat Lampu Isyarat Plaza Tol Utara di Kilometer 54, Jalan Alor Setar-Butterworth di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 11.40 pagi itu, M.Dunissraao,19, yang menunggang motosikal jens SYM E-Bonus meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala kerana digilis treler tanpa muatan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, semasa kejadian mangsa dan treler berkenaan bergerak dari arah yang sama iaitu dari arah Plaza Tol Utara menuju ke Bedong.

“Sewaktu lampu isyarat bertukar hijau treler itu telah bergesel dengan mangsa menyebabkan motosikal ditunggangnya terperosok ke bahagian hadapan treler itu.

“Mangsa yang tinggal di Taman Sejati dekat sini kemudian digilis dan meninggal serta merta akibat cedera parah di kepala manakala pemandu treler berumur 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI