fbpx

GEG: Negara bakal rugi RM346 juta KDNK, hilang 2,700 pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pelaksanaan dasar Generational End Game (GEG) dijangka bakal meningkatkan aktiviti penyeludupan selain mengakibatkan negara mengalami kerugian sebanyak RM346 juta dalam sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2040.

Menurut kajian yang dikeluarkan firma penyelidikan, Oxford Economics, lebih 2,700 pekerjaan juga bakal hilang termasuk tambahan RM1.2 bilion dalam ketirisan cukai tahunan akibat perdagangan haram melalui sektor tembakau.

Selain itu, kajian tersebut turut menunjukkan bahawa tindakan mengharamkan vape dipercayai akan menjejas potensi sumbangan cukai sektor itu yang dianggarkan mencecah RM1 bilion setahun.

“Nilai sebenar kerugian mungkin lebih besar kerana angka dalam laporan itu tidak mengambil kira sumbangan terbaru industri vape setelah industri itu disahkan di Malaysia.

“Justeru, pelaksanaan dasar GEG boleh menyebabkan pertumbuhan dalam pasaran tembakau dan vape seludup, kerana Malaysia mempunyai salah satu masalah penyeludupan tembakau terbesar di dunia.

“Dianggarkan sejumlah 1.2 bilion rokok seludup boleh didapati dalam pasaran setahun menjelang 2030 di mana pengguna yang terkesan dengan GEG bertukar kepada alternatif seludup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Oxford Economics dalam laporannya mendedahkan antara kemungkinan yang paling munasabah berlaku adalah dasar GEG tidak akan memberi hasil yang diharapkan kerana kekurangan penguatkuasaan dasar.

“Walaupun dasar GEG adalah idea yang berani, penilaian yang teliti harus dilakukan terhadap potensi kos, faedah dan risiko yang boleh berlaku.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa Malaysia perlu menilai semula kebolehlaksanaan dasar GEG dan kesan ke atas matlamat kesihatan awam di bawah senario penguatkuasaan yang lemah,” jelasnya.

Tambahnya, pertimbangan itu turut melibatkan kesan kepada hasil pendapatan industri, kesan sosio-ekonomi termasuk pengagihan dasar GEG terhadap harga dan kuasa beli isi rumah dan implikasi pengguna beralih kepada barangan haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI