fbpx

Ahmad Zahid dakwa ADUN PN mahu sertai kerajaan BN-PH di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan Dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Swasta di Hotel Zenith, hari ini. FOTO - FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang dari Perikatan Nasional (PN) yang mahu menyertai gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di negeri itu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat dalaman yang diterimanya.

Beliau berkata, kenyataan dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya empat ADUN BN akan lompat parti dan menyertai PN hanyalah propaganda untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Di sana (Pahang) terdapat 16 ADUN (BN) sedia ada dan Insya-Allah kita akan dapat kekalkan Pelangai dan terdapat juga lapan ADUN PH.

“Kami dapati jumlah ini adalah lebih mencukupi untuk membentuk kerajaan dan walaupun itu propaganda mereka (PN) tetapi kita juga mempunyai maklumat dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Majlis TVET Negara Bil.3/2023 dan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan Dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Dan Swasta di sini, hari ini.

Katanya, beliau mendapati sebenarnya ADUN PN yang akan menyertai gabungan BN-PH namun, propaganda dibuat seolah-olah ADUN BN yang akan menyertai PN.

Muhyiddin dalam ceramah perdana di Felda Chemomoi kelmarin mendakwa, ada kemungkinan ADUN daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada PRK DUN Pelangai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI