fbpx

Ibu tunggal 11 anak kahwini lelaki 9 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chetan menafikan khabar angin bahawa dia telah menculik Rani. - 24NewsHd

ISLAMABAD, Pakistan – Seorang ibu tunggal yang mempunyai 11 anak melangsungkan perkahwinan dengan bapa kepada sembilan anak di bandar Nawabshah, Pakistan, sekali gus menjadi isteri keduanya.

Laman berita Ary News semalam melaporkan bahawa Rani Bhel, 43, berkahwin dengan Chetan, 45 di mahkamah kawasan Jhol di Nawabshah.

Menurut Rani, Chetan pada awalnya memberi perlindungan kepadanya selepas dia dihalau keluar dari rumah oleh bekas suami. 

Chetan telah berkahwin dan menawarkan Rani tinggal bersama keluarganya.

Cinta kemudian berputik antara Rani dan Chetan yang menyebabkan mereka memutuskan untuk berkahwin.

Menurut Chetan, mereka telah berkahwin di mahkamah dan menafikan khabar angin bahawa dia menculik Rani.

Pasangan itu kini meminta perlindungan daripada pihak berkuasa kerana menerima ancaman teruk daripada saudara-mara mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI