fbpx

Hanya Sri Aman catat IPU tidak sihat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hanya satu kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sekitar 101 hingga 200, setakat pukul 9 pagi, hari ini.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di Sri Aman, Sarawak dengan bacaannya 128.

Sementara itu, 62 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Antara kawasan yang berada di tahap ini adalah Besut, Terengganu dengan bacaan 58, Miri, Sarawak (67); Cheras, Kuala Lumpur (89), dan Tawau Sabah (70).

Data sama turut menunjukkan hanya lima kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik iaitu bacaan IPU di bawah 50.

Kawasan terbabit adalah Kangar, Perlis (22), Langkawi, Kedah (28), Balik Pulau, Pulau Pinang (48), Seri Manjung, Perak (45) dan Kimanis, Sabah (45). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI