fbpx

Arsenal juara EPL jika beli bintang Napoli bernilai £100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN dilaporkan tersinggung dengan Napoli kerana telah menyiarkan satu video seolah-olah memperlekehkannya pada akaun TikTok rasmi kelab baru-baru ini.

LONDON – Rekod jaringan yang menakjubkan dan keupayaan penyerang untuk meledak gol dijangka meningkatkan peluang Arsenal untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan ketara.

Terdapat beberapa gergasi elit Eropah yang ingin mendapatkan khidmat penyerang Napoli kelahiran Nigeria, Victor Osimhen pada musim panas lepas selepas dia menjadi salah seorang penyerang berbisa bola sepak.

Pada usia 24 tahun, Osimhen menjadi terkenal selepas membantu Napoli menjuarai gelaran Serie A petrama mereka dalam tempoh 33 tahun.

Penyerang tersebut menjadi watak utama bahkan nadi kejayaan skuad The Parthenopeans apabila dia berjaya menjaringkan 31 gol dan lima bantuan jaringan dalam kempen 2022/2023, dengan 26 gol hadir pada aksi Serie A.

Sudah tentu, Arsenal dan Chelsea kini mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapatkan penyerang Napoli berkenaan selepas tersebar memperlekehkan Osimhen disiarkan di laman rasmi TikTok kelab tersebut.

Arsenal kendalian Mikel Arteta kini berada di kedudukan ketiga dalam saingan EPL dan berkongsi mata dengan Tottenham Hotspur, namun The Gunners dilihat bergelut untuk mendapatkan konsistensi di depan gawang apabila meledak 15 gol dalam tujuh perlawanan.

Musim lalu, Arsenal berjaya menjaringkan 88 gol, manakala Manchester City pula meledak 98 gol untuk muncul juara EPL dan Citizens harus berterima kasih di atas ketajaman penyerangnya, Erling Haaland.

Justeru, kehebatan Omsihen dalam menjaringkan gol dilihat akan memberi peluang lebih cerah 10 kali ganda kepada Arsenal untuk muncul sebagai juara EPL berbanding memburu Ivan Toney yang mungkin bernilai £80 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI