fbpx

[VIDEO] Pura-pura pinjam sebelum larikan motosikal warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi curi motosikal dilakukan suspek di Pekan Banting

KUALA LANGAT – Kelicikan seorang lelaki yang mencuri motosikal milik warga emas selepas berpura-pura untuk meminjam jentera tersebut bagi menghantar barangan berakhir apabila dicekup hari ini.

Penangkapan suspek berusia 42 dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sekitar Klang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan mendapati kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 10 pagi semalam apabila mangsa berusia 65 tahun telah didatangi seorang lelaki di Pekan Banting di sini.

“Suspek menyatakan mahu meminjam motosikal mangsa dengan alasan ingin menghantar barang dibeli di sekitar Banting.

“Belum sempat mangsa mengizinkannya didapati suspek terus bertindak membawa lari motosikal tersebut,” katanya hari ini.

Beliau menambah, tangkapan terhadap suspek bersama motosikal tersebut berjaya dilakukan dengan bantuan anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Ujar Ahmad Ridhwan, suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah kini direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi dua minit 48 saat berhubung kejadian tersebut dengan anak mangsa menyatakan ayahnya telah dipukau dan terpedaya dengan kata-kata suspek tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI